logo
image

Mengenai AVB

Alkitab bahasa Melayu paling popular masa kini.

Alkitab Versi Borneo (AVB)

AVB bersejarah sebagai terjemahan formal pertama bagi Kitab Suci dalam Bahasa Melayu Standard. AVB menerapkan keindahan bahasa Melayu sebaik-baiknya dan menyajikan Firman yang hidup dalam bahasa lancar dan menawan.

"Di negeri-negeri Borneo, perasaaan euforia melambung dalam kalangan para pembaca kerana memiliki Alkitab bermutu tinggi. Di Semenanjung Malaysia, penutur asli bahasa Melayu membacanya dengan air mata bahagia."

Sebagaimana Bahasa Melayu merupakan bahasa penghubung yang menyatukan pelbagai kumpulan etnik di rantau nusantara, AVB juga telah mengorak langkah ke peringkat serantau setelah diangkat sebagai teks liturgi rasmi gereja di Malaysia, Singapura dan Brunei.

ProdukPenasihatRakan sekutu
Kisah dan misi kami

Menginspirasi individu untuk mengalami kuasa transformatif Alkitab melalui pemahaman yang mendalam dan hubungan yang erat dengan Firman Tuhan.

See a timeline of our history

AVB — Firman Tuhan dalam bahasa Melayu Standard.

AVB bermula dengan beban berat untuk menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi dalam bahasa Melayu standard. Didukung oleh tokoh-tokoh gereja sebagai penasihat, para sukarelawan berjiwa teguh memilih untuk bekerja tanpa gaji, untuk menghasilkan suatu sumber berharga yang menyentuh hati dan jiwa orang yang bertuturan bahasa Melayu.

Dengan penguasaan terbaik ke atas kejituan linguistik, ketepatan kepada teks asal, dan ketelitian penuh kepada seni bahasa Melayu yang indah, AVB berjaya disajikan dalam bahasa lancar dan menawan, lalu dengan cepat dijadikan Alkitab paling popular untuk generasi masa kini.

image

Falsafah terjemahan

Bahasa literal dan formal: Pendekatan 'terjemahan literal' yang berpegang rapat dengan teks asal secara padanan formal sambil menggunakan tatabahasa, sintaksis, dan simpulan bahasa Melayu sastera moden.

Ketepatan: Setia kepada teks asal Yunani dan Ibrani, menggunakan sumber seperti UBS Greek New Testament, edisi ke-5, dan teks Masoret Alkitab Ibrani, maka ianya sesuai digunakan dalam kajian Alkitab.

Kebolehbacaan: Walaupun pendekatannya berupa terjemahan literal, AVB juga mudah dibaca dan bahasanya lancar dan menawan bagi pembaca moden. Terjemahan AVB mengimbangi ketepatan linguistik dengan keindahan bahasa Melayu.

Mukadimah terjemahanPenggunaan bahasa

Ways to access
the AVB

Ways to access the AVB

READ

AVB Online

A comfortable, extended reading experience on your computer ...

AVB Study Bible

A treasure trove of commentaris, distionaries, lexicons, concordances...

Bible reading plan

Read the Bible in 1, 2, or 3 years...

Download the AVB app

Read and hear God's Word on your phone...

imageimage

Rakan-rakan

AVB is God’s free gift to us, to be used for His glory. We give it back to Him when the gift is made freely available for others’ benefit. We acknowledge our partners and collaborators who have been great conduits in bringing the AVB to all corners of our land, thus multiplying the gift and its blessings.

We received these blessings freely, and freely we must give them away (Matthew 10:8). 

image
The Gideons International
Terkenal dengan edisi AVB bersaiz poket untuk pelajar muda. Kepantasan mereka mencetak dan mengedarkan AVB mengagumkan kami.
image
Full Gospel Business Men's Fellowship Malaysia
Menaja penyediaan Alkitab Audio AVB — satu usaha terbaik untuk memberkati masyarakat luar bandar dan mendatangkan impak di khalayak baru.
image
LAB Network Sabah
Wajah AVB pada tahun-tahun perintisannya. Memberikan kepemimpinan yang berdampak, menjamin penerimaan AVB secara nasional.
image
Komuniti Digital, Sarawak
Platform perintis dengan pelayanan eksklusif kepada komuniti penutur Bahasa: https://www.komuniti-digital.com/alkitab
image
Faith Comes By Hearing
Unwavering mission to make God's Word audible to new audiences. For AVB, FCBH overdelivers by helping to flesh out its message with the Gospel Films.
image
Lighthouse of Hope (Sarawak)
Berperanan besar dalam meningkatkan celik Alkitab di kawasan luar bandar. Menjadikan Kapit sebagai daerah dengan tahap terimaguna AVB tertinggi di negara.
image
Scripture Union
Scripture Union menggunakan AVB dalam program Keterlibatan Alkitab dan latihan, untuk menjangkau dan menginspirasi ribuan pemuda dengan berkesan.
image
Catholic Bishops' Conference of Malaysia
Superintended the synergy of the Deuterocanonical books with the AVB. Heralded the adoption of the AVB as official liturgical text for Malaysia, Singapore and Brunei.
image
Lutheran Hour Ministries
Lutheran Hour Ministries berusaha untuk membawa Kristus kepada Bangsa-Bangsa dan Bangsa-Bangsa kepada Gereja dengan mengisytiharkan firman-Nya menggunakan media, terutamanya menggunakan AVB dalam inisiatif Alkitab audionya di Malaysia.
image
Pristine World
Penerbit tempatan yang menyasarkan penggunaan ayat-ayat AVB dalam buku cerita bercetak dan dalam talian, cerita Alkitab E-Pembelajaran, dan Kuiz Dalam Talian. Terima kasih kerana menjadikan Firman Tuhan lebih mudah diakses, menarik, dan berdampak untuk semua.
image
Our Daily Bread Ministries
Penglibatan Alkitab Sepanjang Hayat - Our Daily Bread Ministries komited untuk menghubungkan orang dari semua lapisan masyarakat dengan Firman Tuhan. Di Malaysia, kami telah menggunakan AVB sejak tahun 2022 sebagai rujukan utama Kitab Suci untuk sumber BM kami.
image
Sarawak Evangelical Christian Association
Memainkan peranan utama sebagai pengimport AVB, sekaligus memastikan pengedarannya sampai kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian. Peranan ini turut menggalakkan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan gereja-gereja
image
Gereja Methodist Malaysia
Sentiasa memberikan sokongan dan sumbangan aktif dalam mempromosikan AVB. Memainkan peranan yang membina dalam menggalakkan jemaat Kristian berbahasa Malaysia untuk menggunakan AVB dalam pembacaan peribadi, renungan keluarga, dan ibadah jemaat Gereja.

Apa kata pemimpin tentang AVB

Sebilangan besar pemimpin gereja memperakukan AVB
Kata-kata sokongan lain
image
Saya ingin menyatakan ribuan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada para penterjemah dan penerbit Alkitab Versi Borneo (AVB) atas kemurahan hati dan kesungguhan mereka dalam memberkati komuniti Kristian berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Di kawasan yang menjalankan kebanyakan ibadat gereja dalam bahasa Melayu, AVB adalah sumber yang amat berharga bagi para pastor, pemimpin gereja, dan jemaah. AVB benar-benar sebuah hadiah yang memenuhi keperluan rohani bagi semakin ra... See more >
image
Rev Datuk Jerry W. A. Dusing
Presiden SIB Sabah, Mantan Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah
image
Pada April 2016, saya memesan dan memperkenalkan sejumlah 13,000 naskhah Alkitab AVB BM kepada semua gereja di Sarawak. Tuhan juga meletakkan beban di hati saya: Semasa tahun-tahun pandemik, dengan pasukan di Kuching, kami menyusun bacaan liturgi 3-tahun daripada teks AVB, meliputi semua kitab dalam Alkitab. Hari ini Firman AVB diisytiharkan setiap hari Ahad di Gereja Katolik di seluruh Malaysia semasa kebaktian Misa BM. Benih itu adalah Firman Tuhan (Lukas 8:11). Dan akan te... See more >
image
Uskup Agung Katolik Dr. Simon Poh
Kawasan Uskup Kuching, Sarawak
image
Sebagai seorang Uskup bagi Gereja yang terdiri daripada 129 jemaah penutur bahasa Melayu Malaysia, saya telah menyaksikan peningkatan dalam penggunaan Alkitab AVB, terutamanya dalam kalangan generasi muda kita. Bahasa dalam AVB sangat mirip dengan bahasa harian yang digunakan di sekolah dan komuniti kita, menjadikannya mudah diakses dan difahami. Sejak penerbitannya, saya menggunakan Alkitab AVB sebagai Alkitab Bahasa Melayu utama saya dan mendapati terjemahannya jelas menyam... See more >
image
Uskup Rev. Dr. James Wong
Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah
image
“Saya sering berkata: Terjemahan lain berbicara kepada fikiran, tetapi AVB berbicara ke hati.” Alkitab AVB benar-benar telah menjadi tonggak komuniti Kristian kita. Baru-baru ini, apabila saya menawarkan Alkitab AVB kepada beberapa pastor, saya gembira mendapati bahawa setiap daripada mereka sudah memiliki satu. Respons itu menghangatkan hati saya dan menekankan kesan mendalam yang dimiliki versi ini. Sangat mengagumkan betapa cepatnya AVB telah diterima oleh ramai, secara la... See more >
image
Uskup Dr T Jeyakumar
Uskup Gereja Methodist di Malaysia

Apa kata pembaca tentang AVB

Sejumlah pembaca AVB telah berkongsi pendapat mereka . . .
Kata-kata sokongan lain
image
Alkitab Versi Borneo merupakan terjemahan Alkitab yang sangat baik khususnya bagi jemaah Kristian di Malaysia kerana bahasanya lebih berkontekskan bahasa Malaysia dan mudah difahami. Ianya memberikan kesan mendalam secara peribadi apabila membaca terjemahan ini kerana seolah-olah firman Tuhan disampaikan untuk jemaah di Malaysia. Perasaan damai senantiasa dirasakan apabila membaca terjemahan ini.
image
Vongco Eriano
SIB KL
image
Saya sangat tertarik pada Terjemahan AVB ini! Mula membaca AVB sejak awal kewujudannya. Puji Tuhan, terjemahan versi Melayu Malaysia sangat dekat dengan bahasa standard Brunei dan mudah untuk saya ikuti. AVB telah distandardisasikan untuk pembacaan dalam ibadahraya di gereja tempat saya layani. Bahkan AVB menjadi rujukan dan sumber utama saya dalam penyediaan khutbah. Sungguh AVB mudah untuk digunakan kerana bahasanya yang indah, mudah difahami, dan efektif bagi pembacanya. Kandungannya ditambah dengan audio dan video yang relevan untuk memuaskan pengguna juga harus dipuji. Mari teruskan berdoa agar "permata" ini menjangkau lebih ramai jiwa-jiwa mengenal Kristus!! "To God be the glory"
image
Reader Jesstina Padan
Full-Time Church Worker, St. Andrew's Church, Brunei Darussalam
image
Pertama kali saya menerima Alkitab AVB, saya terus membaca beberapa ayat dalam Mazmur; ada sesuatu yang menyebabkan hati saya bergelora; saya membuka Perjanjian Baru dan membelek sambil membaca beberapa perenggan, kemudian saya membaca beberapa halaman dari buku Ayub. Selepas itu saya menutup AVB itu, mendakapnya sambil menangis dengan ucapan syukur yang sangat tinggi. Secara peribadi, AVB menyampaikan Firman Tuhan dengan lebih jelas dan bahasa yang digunakan itu dekat di hati saya.
image
Emelda Roukin
Koordinator Projek OBT SE Asia Faith Comes by Hearing
image
Saya mula percaya kepada Tuhan Yesus Kristus dalam tahun 1980-an ketika membaca Alkitab untuk mencari kesalahan seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Namun, bukan kesalahan yang saya temui, melainkan kebenaran yang bercahaya dan menyelamatkan hidup saya. Ketika itu, saya membaca Alkitab terjemahan LAI. Tetapi, apabila saya menerima naskhah AVB, rasanya seolah-olah membaca Alkitab buat pertama kali. Bahasanya lebih dekat di hati dan sangat mudah difahami. Saya masih ingat ketika membaca kitab Keluaran—peristiwa 10 tulah digambarkan dengan begitu jelas sehingga saya merasakan seakan-akan berada di sana. Lebih mengharukan lagi, ungkapan waktu, seperti “pada waktu maghrib” memberi kesan mendalam. Saya menangis lama, mensyukuri anugerah Tuhan yang telah menghadiahkan bahasa yang indah kepada kita. Syabas kepada team AVB.
image
Pastor Jubilie Apin
Pena Rajawali
image
Saya menggunakan Alkitab AVB setiap hari ketika melakukan saat teduh. Selain itu, saya juga menggunakan AVB dalam pembelajaran Alkitab. Saya merasakan bahawa AVB mudah difahami, tambahan pula ia ditulis dalam bahasa yang sesuai dengan pemahaman saya sebagai rakyat Malaysia. Saya amat menghargai AVB dan berdoa agar AVB terus menjadi berkat kepada semua orang.
image
Steffi Ann
Ketua Sel
image
Pada tahun 2018, saya dihantar ke hospital lain untuk menjalani tugas selama lima hari. Pada hari terakhir, seorang jururawat bernama Pauline mendekati saya dengan permintaan yang ikhlas. Dia, bersama tiga rakan sekerjanya, ingin belajar membaca Alkitab. Mereka telah mendengar tentang Alkitab Versi Borneo (AVB) dan tidak sabar-sabar untuk meneroka ajarannya, walaupun mereka belum memilikinya. Anehnya, Pauline menyebut bahawa AVB itu "sangat berkuasa" dan mudah difahami. Tergerak oleh semangat mereka, pada hari berikutnya saya membawa satu-satunya naskhah AVB yang ada pada saya. Saya memberikan Alkitab berharga itu untuk dikongsi sesama mereka. Oleh itu, saya tidak lagi memiliki AVB, tetapi saya dipenuhi dengan harapan bahawa ia akan membimbing dan mennginspirasikan mereka. Pada tahun 2024, semasa berada di Kuala Lumpur untuk mengajar tarian rebana, pertemuan ilahi berlaku. Saya bertemu dengan Cik Goh LH, yang bermurah hati menghadiahkan saya sebuah Alkitab AVB baharu. Hati saya bergelora dengan rasa syukur atas nikmat yang tidak disangka-sangka itu, bukti rezeki Allah. Pada Januari 2025, saya bertemu semula dengan Pauline. Dia gembira sekali berkongsi bagaimana dia kini menggunakan AVB yang saya berikan kepadanya untuk menyebarkan injil. Mendengar ini, saya terharu dengan rasa syukur. AVB sememangnya satu rahmat ilahi kepada kita.
image
Joyce Padan
Jururawat Kanan
image
Alkitab Versi Borneo sememangnya satu rahmat untuk saya secara peribadi. Saya masih ingat akan kali pertama AVB diperkenalkan (dalam tahun 2016)—sukar bagi saya menceritakan pengalaman apabila mula-mula memegang dan membaca Alkitab itu sendiri, tetapi saya pasti teruja dan sangat gembira pada ketika itu. AVB telah membantu saya memahami lebih lanjut dan memudahkan saya melakukan ibadah peribadi serta berkongsi dengan orang lain. Segala kemuliaan bagi Tuhan 🔥
image
Roger Jalong Anak Taffi
Community Worker
image
Saya mula membaca Alkitab AVB dari kecil dengan cuba membiasakan diri dengan membaca dan menghafal ayat Firman Tuhan yang singkat. AVB membantu saya memahami cerita Alkitab itu dengan lebih jelas dan mudah difahami. Bahkan AVB juga memainkan peranan penting dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar kerana AVB menggunakan bahasa yang teratur dan bersesuaian. Walaupun ada beberapa perkatan baru yang pada mulanya saya tidak fahami namun itu telah menambah pengetahuan saya. Saya mempelajari banyak perkataan baru dan belajar menggunakan perkataan yang bersesuaian. Secara peribadi, saya percaya, memahami Firman Tuhan itu sangat penting apalagi ketika saya ingin belajar dan menghayati cerita Alkitab. Oleh itu, bahasa yang digunakan di dalam AVB memainkan peranan penting untuk membantu saya berjalin dengan Firman Tuhan dengan lebih baik dari kecil sehinggalah usia saya 19 tahun sekarang ini.
image
Velly Skylla
Mahasiswa
image
Isi kandungan Alkitab AVB terasa cukup jelas dan mudah difahami. Hal ini kerana saya adalah penduduk Bumiputera Sabah dan secara menyeluruh, ayat dan perkataan dalam AVB adalah suatu yang lazim bagi saya.
image
Song Adrianus Ekklesia
Pelajar Istitut Pemuridan TOS-KD
image
Alkitab AVB dikenali kerana mengikut prinsip terjemahan formal-ekuivalen yang mengekalkan ketepatan teks bahasa asal. Ini menjadikan terjemahan ini sangat tepat dari segi teologi, sambil tetap mengekalkan kefasihan dan keindahan bahasa Melayu moden. Laman web AVB mempromosi penggunaan Bahasa Malaysia yang betul, dengan membangunkan istilah baharu yang relevan secara kontekstual untuk masyarakat berbahasa Melayu, sambil mengekalkan warisan budaya.
image
Aldo
Pencipta Konten, Yayasan Lembaga SABDA
image
Shalom. Dalam permulaan perjalanan iman saya, saya bertumbuh dengan Terjemahan Baru (TB). Namun, setelah terbitnya Alkitab Versi Borneo (AVB) saya lebih memahami secara mendalam apa yang disampaikan dalam Alkitab. Dan sejak dari itu saya terus dengan AVB.
image
Majdurano Johanes
Pelajar Seminari, House of Epiphany, Diocese of Kuching
image
Sebagai rakan kongsi pelayanan, SABDA amat menghargai dedikasi Pasukan AVB dalam menyediakan 'Alkitab Versi Borneo' dan memudahkan Firman Tuhan diakses dengan mudah secara digital oleh penutur bahasa Melayu. Mudah-mudahan, platform dan alat AVB akan digunakan oleh Tuhan dengan cara yang luar biasa untuk mengedar dan mempromosi pemahaman Alkitab dan pengertian Alkitabiah. Kami juga terus berdoa agar Tuhan memberikan kebijaksanaan kepada Pasukan AVB untuk membangunkan pelayanan AVB untuk masa hadapan, terutamanya dalam "Scripture engagement" supaya para pengguna dapat merasai kekayaan Firman Tuhan dengan lebih meluas.
image
Evie
Editor, Yayasan Lembaga SABDA
image
Saya sangat bersyukur dengan terbitnya Alkitab AVB. Dengan menggunakan bahasa harian standard yang digunakan di Malaysia, konteks Alkitab menjadi lebih jelas untuk difahami dan mudah diingati. Saya menggalakkan semua umat Tuhan di Malaysia untuk terus mempelajari Firman Tuhan dan saya amat menggalakkan penggunaan AVB.
image
Sandra Tagal
CEO, Komuniti Digital
image
Ini adalah satu kebanggaan bagi semua umat Kristian am-nya di Malaysia sebab kita sudah memiliki Alkitab Versi Borneo dengan bahasa yang sederhana dan senang difahami oleh setiap peringkat umur. Terima kasih Tuhan, kerana dalam setiap perjuangan untuk menyelesaikan suatu tugas pasti banyak rintangan namun Dia tetap berkarya dalam pasukan AVB.
image
Sr Susan Dulang
SSFS
image
Saya mula membaca AVB tujuh tahun yang lalu. Pada mulanya, saya merasa sukar untuk memahami struktur penulisan AVB. Saya terpaksa melakukan banyak rujukan silang untuk memahami butiran dan latar belakang cerita Alkitab. Walau bagaimanapun, saya terus membaca AVB, dan tidak lama kemudian, saya menjadi lebih biasa dengan gaya bahasanya. Sekarang, saya lebih suka menggunakan AVB untuk Pengajian Alkitab yang mendalam kerana saya dapati ia lebih jelas dan mudah. Pastor saya juga telah beralih untuk menggunakan AVB dalam khutbah setiap minggu, menggantikan terjemahan bahasa Indonesia yang digunakan sebelum ini. Saya benar-benar berterima kasih atas perubahan positif ini. Saya sangat menghargai usaha pasukan AVB untuk mengekalkan ketepatan teks bahasa asal. Salah satu aspek yang paling saya gemari ialah, AVB telah membantu saya menghafal ayat-ayat Alkitab dengan lebih mudah. Memiliki AVB benar-benar satu rahmat bagi saya.
image
Shirley M
Ministry Worker
image
Saya mula memperoleh AVB pada bulan Jun 2022 ketika menyertai sebuah program pemuridan. Ketika itu, saya dimaklumkan bahawa AVB yang saya terima merupakan cetakan pertama. Saya sangat bersyukur kerana sudah hampir tiga tahun menggunakan Alkitab ini, yang telah banyak membantu saya mengenali Tuhan Yesus dengan lebih mendalam. Penggunaan bahasanya yang jelas dan mudah difahami telah memudahkan saya dalam penghayatan firman-Nya, meskipun pada awalnya saya perlu menyesuaikan diri kerana sebelum ini saya menggunakan terjemahan lain dalam bahasa Melayu. Kini, AVB menjadi Alkitab yang paling saya selesa gunakan, baik untuk renungan peribadi mahupun ketika menghadiri kelas pemuridan dan berkongsi firman Tuhan dengan anak-anak muda. Saya amat menghargai usaha gigih pihak AVB dalam pelayanan yang mulia ini. Semoga Tuhan Yesus memberkati setiap individu yang telah berjerih payah dalam usaha ini. 🥰❤️‍🔥
image
Uji Faizilla
Ministry Worker

Frequently asked questions

Get in touch

Have a question or feedback? Seeking permission to quote from or reproducve AVB resources? We'd love to hear from you. Please get in touch.Hubungi kami
Alkitab Logo

Carilah kami di media sosial

icon

AVB bersejarah sebagai terjemahan formal yang pertama dalam Bahasa Melayu Standard. AVB menerapkan keindahan bahasa Melayu sebaik-baiknya dan menyajikan Firman yang hidup dalam bahasa hati tanah air dengan lancar. Diguna pakai oleh pelbagai denominasi.

Mengenai kamiPenerbitan

Carilah kami di media sosial

icon

Muat turun aplikasi AVB

AVB App
Google PlayApp Store

Dengar di Spotify

Spotify

Tidak dibenarkan memetik atau mengeluar ulang Alkitab © Borneo Sabda Limited dan isi kandungannya, tanpa kebenaran daripada pemegang hak milik Alkitab ini.

Untuk kegunaan bukan komersil, kebenaran tidak diperlukan bagi pemetikan tidak melebihi 1000 ayat, namun pada akhir petikan harus dicantumkan kata-kata: ‘Dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited’.

AVB™. Copyright © 2024 Borneo Sabda Limited

Terms & ConditionsPrivacy Policy