Mukadimah terjemahan
Untuk selama-lamanya, ya TUHAN,
Firman-Mu bertapak di syurga
Mazmur 119:89
Alkitab Versi Borneo

Seperti bara yang digenggam biar sampai jadi arang, usaha gigih tenaga kerja yang memikul tugas berat ini selama lima belas tahun telah membuahkan satu kejayaan yang pasti tidak akan dapat dihargai sepenuhnya dalam dunia ini.
Harus dimaklumkan bahawa terjemahan Alkitab dalam bahasa Melayu bukanlah usaha baru, tetapi sudah dilakukan bertahun-tahun dahulu, malah berabad-abad yang lalu. Antaranya ialah Terjemahan Injil oleh Ruyl (1629), Terjemahan Leijdecker ( 1733), Perjanjian Lama Klinkert (1879), Alkitab Shellabear (1912), dan Perjanjian Baru Bode (1938).
Akan tetapi, memandangkan perlunya satu penterjemahan baru yang dapat memenuhi kehendak masyarakat Kristian dan gereja kini, maka terjemahan kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru ini dihasilkan untuk menyampaikan dengan tepat Firman Allah yang kekal, dalam bahasa Melayu standard dan mudah difahami oleh pengguna semasa.