logo
Kembali ke semua berita & blog

AVB sebagai teks liturgi rasmi

28 Mar 2025

Innews
Topicsalkitab versi borneoalkitab bahasa malaysiamalay biblealkitab bahasa serantau

Alkitab Versi Borneo (AVB) wujud dalam bahasa Melayu, dan bahasa Melayu bahasa pelbagai bangsa di serantau. Bahasa Melayu bukan hak mutlak mana-mana kumpulan patriot dan nasionalis.

Firman Tuhan dalam Bahasa Serantau

Sesungguhnya, AVB merupakan penyampaian Firman Tuhan dalam bahasa standard di Malaysia, Singapura dan Brunei. Maka tidak hairanlah para uskup Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei (Catholic Bishops’ Conference of Malaysia, Singapore and Brunei) mengangkat AVB untuk digunakan sebagai teks liturgi bahasa Melayu rasmi bagi wilayah-wilayah Katolik di Malaysia, Singapura, dan Brunei (Ruj.: AVB as Official Liturgical Text for Malaysia, Singapore and Brunei). 

Langkah bersejarah itu sekali gus mengangkat AVB ke peringkat serantau, sebagai satu lagi teks liturgi yang menyatupadukan umat Kristian serantau. 

Detik-detik bersejarah

AVB menjadi penting dari segi sejarah pada tahun 2016, sebagai terjemahan formal yang pertama dalam Bahasa Malaysia. Beberapa tahun kemudian, AVB merintis landasan ekumenikal baru dengan penterjemahan Kitab Deuterokanonika sebagai teks pendamping kepada AVB. Pelancaran AVB Edisi Katolik oleh Persidangan Uskup Katolik Malaysia pada Januari 2024 merupakan mercu tanda yang penting bagi perpaduan gereja dan ekumenisme.

Langkah luar biasa oleh para uskup Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei untuk mengangkat teks AVB sebagai Firman Tuhan dalam Bahasa Rantau Melayu memang berpadanan dan memenuhi aspirasi Gereja Umum.

Bahasa Melayu adalah bahasa penghubung tunggal di kepulauan Melayu, yang pada suatu masa dahulu melayakkannya dipromosikan sebagai perantara komunikasi oleh pemerintahan kolonial Belanda dan British, berbeza dengan penggunaan bahasa kolonial di beberapa negara yang terjajah (Ruj: https://www.abim.org.my/bahasa-melayu-bahasa-persatuan-di-rantau-nusantara/ ).

AVB - Menyatukan masyarakat pelbagai kaum

Komisi Liturgi Episkopal Serantau Ke-25 yang bermesyuarat di Kuching menghayati kenyataan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa bagi pelbagai kumpulan etnik di serata rantau ini.  

Maka langkah mengangkat AVB untuk digunakan sebagai teks liturgi serantau memang berpadanan dan sepatutunya.

Semoga AVB layak dijadikan alat penghubung untuk menyatukan penduduk-penduduk serantau tanpa mengira etnik dan kaum.

Share:

AVB as official liturgical text

Alkitab Versi Borneo to be used as official liturgical text for Malaysia, Singapore, and Brunei

Keep reading

Alkitab Logo

Carilah kami di media sosial

icon

AVB bersejarah sebagai terjemahan formal yang pertama dalam Bahasa Melayu Standard. AVB menerapkan keindahan bahasa Melayu sebaik-baiknya dan menyajikan Firman yang hidup dalam bahasa hati tanah air dengan lancar. Diguna pakai oleh pelbagai denominasi.

Mengenai kamiPenerbitan

Carilah kami di media sosial

icon

Muat turun aplikasi AVB

AVB App
Google PlayApp Store

Dengar di Spotify

Spotify

Tidak dibenarkan memetik atau mengeluar ulang Alkitab © Borneo Sabda Limited dan isi kandungannya, tanpa kebenaran daripada pemegang hak milik Alkitab ini.

Untuk kegunaan bukan komersil, kebenaran tidak diperlukan bagi pemetikan tidak melebihi 1000 ayat, namun pada akhir petikan harus dicantumkan kata-kata: ‘Dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited’.

AVB™. Copyright © 2024 Borneo Sabda Limited

Terms & ConditionsPrivacy Policy