Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kelahiran Raja Damai

1AMeskipun begitu, tidak akan ada lagi kesuraman bagi mereka yang dahulu berada dalam kesusahan. Pada zaman dahulu Dia memandang rendah Tanah Zebulon dan Tanah Naftali, tetapi pada kemudian hari Dia akan memuliakan jalan dekat laut di seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing. 2BBangsa yang berjalan dalam kegelapan

telah melihat cahaya yang gemilang.

Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut,

cahaya telah bersinar.

3Engkau melipatgandakan jumlah bangsa itu,

Engkau memperbesar sukacita mereka.

Mereka bersukacita di hadapan-Mu,

seperti orang bersukacita pada musim menuai,

seperti orang bergembira

apabila membahagi-bahagikan jarahan,

4kerana kuk yang ditanggung mereka

dan kayu pikulan di bahu mereka,

iaitu tongkat para penindas mereka,

telah Kauhancurkan seperti pada zaman orang Midian.

5Setiap sepatu yang berderap dalam deru peperangan

dan pakaian yang berlumuran darah

akan dibakar dan menjadi bahan bakar untuk api.

6Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita,

seorang putera telah dikurniakan bagi kita.

Di atas bahunya tampuk pemerintahan,

dan namanya akan disebut:

Penasihat Ajaib, Allah Perkasa,

Bapa Kekal, Raja Damai.