Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kata kunci carian:

Buku Petikan
Yosua 10:1

Israel menewaskan perikatan bani Amori

1Apabila terdengar oleh Adoni-Zedek, raja Yerusalem bagaimana Yosua menawan Ai dan menumpasnya lalu memperlakukan Ai dan rajanya sebagaimana diperlakukan ke atas Yerikho dan rajanya, dan betapa penduduk Gibeon telah mengadakan perjanjian damai dengan Israel dan tinggal dalam kalangan mereka,
Yosua 10:3 3Maka Adoni-Zedek, raja Yerusalem, mengutus orang kepada Hoham, raja Hebron, kepada Piream, raja Yarmut, kepada Yafia, raja Lakhis, dan kepada Debir, raja Eglon, dengan pesan,
Yosua 10:5 5Lalu berkumpullah kelima-lima orang raja Amori itu, iaitu raja Yerusalem, raja Hebron, raja Yarmut, raja Lakhis, dan raja Eglon, dan bala tentera mereka juga berkumpul dan bergerak maju bersama-sama. Mereka berkhemah mengepung Gibeon dan berperang melawannya.

Yosua 10:23 23Mereka pun berbuat demikian dan membawa kepadanya lima orang itu dari dalam gua, iaitu raja Yerusalem, raja Hebron, raja Yarmut, raja Lakhis, dan raja Eglon.
Yosua 12:10 10raja Yerusalem – satu

raja Hebron – satu

Yosua 15:8 8Selanjutnya sempadan itu naik ke Lembah Ben-Hinom, ke sebelah selatan lereng gunung bani Yebus, iaitu Yerusalem, lalu naik ke puncak gunung yang berhadapan dengan Lembah Hinom di sebelah barat, di hujung utara Lembah Refaim.
Yosua 15:63 63AMeskipun demikian, bani Yehuda tidak dapat mengusir bani Yebus, penduduk Yerusalem itu. Jadi, orang Yebus tinggal bersama-sama bani Yehuda di Yerusalem sampai hari ini.
Yosua 18:28 28Zela, Elef, Yebus, iaitu Yerusalem, Gibea, Kiryat ialah empat belas buah kota lagi dengan desa-desanya. Itulah harta pusaka bani Benyamin menurut kaum-kaum mereka.
Hakim-Hakim 1:7 7Berkatalah Adoni-Bezek, "Dahulunya tujuh puluh orang raja yang kudung ibu jari tangan dan ibu jari kaki mereka memungut sisa makanan di bawah mejaku. Allah telah membalas kepadaku sebagaimana yang kulakukan dahulu." Dia dibawa ke Yerusalem dan di sanalah dia mati.

Hakim-Hakim 1:8 8Seterusnya bani Yehuda berperang melawan Yerusalem dan berjaya menawan kota itu dan selanjutnya menggempurnya dengan pedang serta membakarnya.