Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus menyembuhkan seorang yang dirasuk roh iblis

26Mereka belayar ke daerah Gerasa yang di seberang Galilea. 27Setelah Yesus mendarat, seorang lelaki dari bandar itu datang menemui-Nya. Orang itu telah dirasuk roh-roh iblis dan sudah lama dia tidak berpakaian. Dia tidak tinggal di rumahnya lagi tetapi di gua kubur. 28Ketika dia melihat Yesus, dia berteriak lalu sujud di hadapan-Nya dan berseru dengan suara keras, "Apa urusan-Mu dengan aku, ya Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi? Aku minta janganlah seksa aku." 29Dia berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluar daripadanya. Dia sering kali dikuasai oleh roh jahat itu. Oleh sebab itu, dia dikawal ketat dan tangan serta kakinya dirantai orang. Tetapi dia dapat memutuskan rantai itu dan dibawa oleh roh jahat ke padang gurun.

30Yesus bertanya kepadanya, "Siapakah namamu?"

Dia menjawab, "Legion" kerana dia telah dirasuk oleh ramai roh iblis. 31Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus supaya tidak menghalau mereka ke neraka.

32Kebetulannya, di bukit itu ada sekawan babi sedang makan. Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus supaya Dia membenarkan mereka masuk ke dalam babi-babi itu dan Yesus membenarkannya. 33Roh-roh iblis itu keluar daripada orang tadi dan masuk ke dalam babi. Kemudian kawanan babi itu menyerbu ke tempat curam dan terjun ke dalam tasik lalu mati lemas.

34Setelah penjaga-penjaga babi itu menyaksikan apa yang telah terjadi, mereka berlari untuk menyebarkan hal itu di bandar dan di kampung-kampung sekitarnya. 35Orang ramai pun keluar untuk melihat apa yang telah terjadi. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblis itu duduk di kaki Yesus. Orang itu berpakaian dan sudah siuman. Oleh itu, mereka pun ketakutan. 36Orang yang telah menyaksikan kejadian itu menceritakan kepada mereka bagaimana orang yang kerasukan roh iblis itu telah disembuhkan. 37Lalu semua penduduk daerah Gerasa meminta Yesus supaya meninggalkan mereka kerana mereka ketakutan. Yesus pun menaiki perahu untuk pulang.

38Orang yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblis itu meminta Yesus membenarkan dia mengikut bersama-Nya tetapi Yesus menyuruh dia pulang