Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Pengikut Kristus

Satu daripada beberapa gelaran (contohnya: orang percaya, dan warganegara kerajaan) bagi mereka yang menerima ajaran Yesus Kristus, meyakini penebusan-Nya serta mengikut-Nya. Walaupun ramai orang telah mengikut Yesus, dua belas orang murid telah dipilih khususnya untuk menemani-Nya dan mereka ini telah diutus-Nya untuk mengkhabarkan berita baik (Mrk 3:13-14). Semenjak zaman Yesus Kristus, ramai orang daripada pelbagai latar belakang telah menjadi pengikut-Nya. Sebelum Yesus wafat, Dia berdoa untuk mereka yang mengikut Dia supaya bersatu (Yoh 17:20-23).