Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Kehidupan Kekal

Kehidupan bersama-sama Allah yang tidak berkesudahan dan juga satu cara hidup yang baru. Yesus Kristus mengajar bahawa jalan masuk kepada kehidupan kekal adalah sempit dan tidak ramai yang menjumpainya, tetapi jalan ke neraka lebar dan ramai yang memilihnya (Mat 7:13-14). Yesus menjelaskan bahawa kehidupan kekal dialami dalam Kerajaan Allah, tetapi penghakiman dan penghukuman ialah ganjaran bagi mereka yang hidup di luarnya (Mat 13:41-42).