Firman
1) Merujuk kepada Yesus yang bersama-sama Allah sejak dari awal; Yesus sahaja yang disebut Firman Allah. Segala yang ada di dalam cakerawala dicipta melalui Firman Allah (Yoh 1:1-3). Firman Allah telah dikirim ke dalam rahim Maria dan menjadi manusia serta diberi nama Yesus (Yoh 1:14; Luk 1:26-38).
2) Firman Allah juga merujuk kepada Kitab Suci (2Tim 3:16).